Monday, 16 November 2009

JOM HAYATI LIRIK LAGU NI....

Assalamualaikum
Lagu ini saya tujukan khas buat keluarga tercinta, adik beradik serta semua pejuang ISLAM yang mahu melihat kalimah tauhid ditegakkan atas muka bumi ini...Semoga mendapat motivasi dan semangat bila dengar lagu ni...Selamat menghayati lirik...

SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid


Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan RasulNya


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga


Sudah sunnah berjuang
Ke jalan Allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


ALBUM : PELITA HIDUP 4
ARTIS : HIJJAZ



p/s-yakinlah dengan janji ALLAH wahai pejuang.....semakin banyak masa, tenaga dan wang yang dicurahkan utk ISLAM...INSYAALLAH segala urusan akan dipermudahkan..klu tidak di dunia....pastinya di akhirat sana jannah menanti....

0 comments:

Post a Comment