Tuesday, 26 January 2010

CUTI...OH CUTI.....


Assalamualaikum…Jutaan maaf dipinta kerana sejak sekian lama membiarkan blog ini bersawang… Terlalu banyak kerja-kerja lain yang saya rasa perlu di’awla’kan berbanding meng’update’ blog ini…

Alhamdulillah, hari ini segala natijah untuk madah yang diambil fasal awal ini telah keluar.Walaupun terdapat sedikit kemerosotan berbanding fasal-fasal sebelum ini,hati ini tidaklah merasa terlalu sedih kerana percaya itulah yang sesuai dengan usaha yang dilakukan..Insya-Allah terselit 1001 hikmah yang diatur oleh-NYA…

Cuti telah pun bermula beberapa hari yang lalu…Pelbagai rancangan yang telah disusun..Ada yang pergi melancong..Ada yang pergi bertalaqqi…Dan ada juga yang tidak ke mana-mana..Walauapapun perancangan yang disusun, biarlah ia bermanfaat dan dilakukan kerana-NYA..Bagi yang melancong gunakan peluang ini untuk bertadabur dengan alam semulajadi.Semoga dapat meningkatkan lagi ketakwaan dan keimanan sepanjang safar anda...

Bagi orang yang tidak kemana-mana seperti saya..

Isikanlah masa kita dengan sebaik-baiknya.

Cuti BUKANLAH masa untuk kita qadha’ tidur berjam-jam dibawah selimut 10 kg….

Cuti BUKANLAH masa untuk kita kita menonton filem berjam-jam dihadapan ‘sheikh 4 segi’

Cuti BUKANLAH masa untuk kita duduk bersembang dan berbual-bual kosong bersama kawan-kawan…


TETAPI….


Cuti adalah masa untuk kita mempersiapkan diri dengan segala peralatan perang untuk kita 'bertempur' pada semester akan datang pula...

Cuti adalah masa BONUS untuk kita menambahkan ilmu dan pengetahuan selain daripada yang diperolehi di dalam bilik kuliah..

Cuti adalah WAKTU EMAS untuk menambah dan meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah untuk-NYA

Cuti adalah waktu untuk kita berziarah dan bertanya khabar kawan-kawan dan sahabat handai…

Cuti adalah masa untuk kita LEBIH berkhidmat untuk ISLAM…

INGATLAH…

Kita semua akan disoal….

MASA dan UMUR kita ke mana dihabiskan….

Semoga dengan sedikit peringatan ini dapat mengingatkan kembali bagi yang terleka dan teralpa..

Mungkin hari ini saya SEDAR dan memberi peringatan pada sahabat-sahabat..

Mungkin esok lusa saya LUPA dan anda pula yang memberi peringatan buat diri yang hina ini..

Itulah nilai ukhuwwah yang dicari dan dibina untuk mendapatkan keredhaan-NYA..


‘’Demi MASA…Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran”

“Maka berilah peringatan, Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”

WALLAHUA'LAM....

P/S:Pada mana-mana sahabat yang mahu belajar mana-mana madah yang telah diambil oleh saya, boleh maklumkan pada saya..Insya-Allah sedia berkhidmat…terutama untuk madah fiqh muamalat, muamalat maliah, fiqh uqubat 1 dll…

0 comments:

Post a Comment