Entri kali ini bukanlah penangan daripada KCB1 dan 2…Sudah lama saya mahu menulis dan berkongsi berkaitan perkara ini. Semoga saya dapat ‘refresh’ balik apa yang telah dipelajari dalam bilik kuliah..
Sebelum melangkah lebih jauh eloklah kita menyelami apa maksud khitbah dari sudut perspektif Islam.Maksud khitbah menurut perspektif Islam adalah permintaan dari seorang lelaki kepada perempuan untuk berkahwin dengannya atau sebaliknya..Dalam Islam, tidaklah disyaratkan memberi hadiah seperti cincin dan sebagainya sebagai tanda pertunangan.
Menelusuri sirah junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w ketika dikhitbah oleh saidatina khadijah.Saidatina khadijah tidaklah berjumpa ‘direct’ dengan nabi tetapi telah menggunakan perantaraan Nafisah binti Manbah. Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi
Syara’ juga menetapkan syarat perempuan yang dikhitbah hendaklah daripada golongan yang harus dikhitbah. Golongan yang tidak harus dikhitbah adalah seperti berikut:-
1.Isteri orang
2.Perempuan yang termasuk dalam kategori haram muabbadah(selama-lamanya) dan haram muaqqot(sementara) selagi mana mani’@sebab yang menjadi penghalang itu tidak hilang.
3.Perempuan yang masih dalam iddah (talak raji’e)
4.Perempuan yang masih iddah(talak bain).Tetapi terdapat khilaf ulama’ padanya.
5.Perempuan yang kematian suami dan masih dalam tempoh iddah.Harus khitbah secara taarid@kiasan
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا
(Al-Baqarah:235)
6.Tunang orang.Sebab pengharaman adalah kerana ia boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan.Dalil pengharaman daripada sunnah adalah لا يخطب أحدكم على أخيه(riwayat nasaie)
Pada keadaan ini terdapat 4 keadaan-
1.Jika kedua-dua pihak sudah bersetuju, maka HARAM bagi pihak yang lain untuk mengkhitbahnya.
2.Jika salah satu pihak menolak maka HARUS bagi yang lain mengkhitbahnya.
3.Jika pihak perempuan tidak memberi sebarang jawapan,diam atau ragu-ragu , maka kebanyakan ulama mengatakan MAKRUH mengkhitbah perempuan tersebut.
4.Jika kedua-dua pihak sudah berstuju, tetapi pihak lelaki memberi keizinan maka HARUS pihak lain mengkhitbah perempuan tersebut...Contoh :Kalau mas furqan benarkan mas azzam khitbah Anna AlthaFunnisa…(‘’,)
Maka apakah hukum bagi seorang muslim@muslimah mengahwini tunangan orang.Terdapat 3 pendapat ulama.Pendapat kebanyakan ulama’ mengatakan hukum perkahwinannya sah tetapi berdosa.Imam Daud Az-zohiri berpendapat hukum perkahwinan tersebut batal.Manakala pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat hukum perkahwinan tersebut batal.Jika sebelum bersetubuh maka wajib ke atas mereka menfasakhkan akad tersebut.Jika selepas bersetubuh maka tidak harus untuk fasakh tetapi berdosa.
Seterusnya apakah hukum seseorang itu mengundur diri@meminta untuk memutuskan pertunangan??
NANTIKAN PADA SIRI AKAN DATANG....('',)
0 comments:
Post a Comment