Thursday, 28 January 2010

KHITBAH;HUKUM HAKAM YANG BERKAITAN DENGANNYA (SIRI 2 )



HUKUM MEMUTUSKAN PERTUNANGAN DAN HUKUM-HAKAM BERKAITAN DENGANNYA


Hak untuk memutuskan pertunangan merupakan hak kedua-dua belah pihak. Ini kerana, khitbah hanyalah sebuah perjanjian untuk berkahwin, bukan akad perkahwinan.


Hukum seseorang meminta untuk memutuskan pertunangan adalah HARAM jika tanpa sebab yang munasabah berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah.


وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولا

(Al-Isra’:34)


آية المنافق ثلاثة اذا حدث كذب واذا وعد أخلف واذا ائتمن خان

)Riwayat Tarmizi dan Muslim)


Apabila salah satu pihak memutuskan pertunangan apakah hukum hakam yang berkaitan dengannya?

Ulama membahagikan perbahasan ini kepada 3 perkara utama :-


1.Mahar yang diberikan semasa dalam tempoh pertunangan


Kebanyakan ulama bersepakat bahawa semua mahar yang diberikan dalam tempoh pertunangan WAJIB dipulangkan kesemuanya kerana pihak perempuan tidak berhak mendapat mahar melainkan selepas akad.


Manakala sebahagian ulama’ berpendapat wajib membezakan hukum berdasarkan pihak yang menarik diri.Jika penarikan diri daripada pihak lelaki, maka pihak perempuan tidak perlu memulangkan bayaran mahar.Jika penarikan diri daripada pihak perempuan, maka hendaklah mereka memulangkan semua bayaran mahar yang dibayar dalam tempoh pertunangan tersebut.



2. Hadiah yang diberikan semasa dalam tempoh pertunangan


Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam perkara ini :-


Ulama’ Hanafi

Mereka berpendapat bahawa hendaklah memulangkan hadiah tersebut jika masih wujud. Jika sudah rosak atau sudah digunakan maka tidak perlu menggantikannya tanpa mengambil kira penarikan diri adalah daripada pihak lelaki atau perempuan.


Ulama Syafi'e

Mereka berpendapat hendaklah memulangkan segala hadiah yang diberikan dalam tempoh pertunangan. Jika sudah rosak atau sudah digunakan maka hendaklah dibayar dengan nilainya tanpa mengambil kira penarikan diri adalah daripada pihak lelaki atau perempuan.


Ulama Maliki

Dalam situasi ini, mereka membezakan hukum jika penarikan diri adalah dari pihak lelaki atau perempuan. Jika penarikan diri adalah dari pihak lelaki, maka pihak perempuan tidak perlu memulangkan hadiah tersebut. Jika penarikan diri adalah dari pihak perempuan maka hendaklah dipulangkan jika ia masih wujud dan jika rosak atau sudah digunakan hendaklah digantikan dengan nilainya.



3.Ganti rugi atas kemudharatan yang disebabkan oleh putus tunang

Para ulama terdahulu tidak membincangkan permasalahan ini.Walaubagaimanapun para ulama kontemporari ada membahaskan perkara ini.

Terdapat 2 pendapat :-


Pendapat pertama:


Harus meminta ganti rugi jika kemudharatan disebabkan perjanjian perkahwinan.Contoh kemudharatan yang timbul adalah seperti meninggalkan pekerjaan (permintaan dari pihak lelaki ) tetapi akhirnya diakhiri dengan penarikan diri@pembatalan perkahwinan.Ulama membenarkan ganti rugi berdasarkan kaedah


لا ضرر ولاضرار


Pendapat kedua:


Tidak harus meminta ganti rugi kerana khitbah bukanlah akad perkahwinan tetapi hanyalah sebuah perjanjian.





Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga semua pembaca mendapat manfaat untuk entri ini. Ingatlah ISLAM merupakan agama yang lengkap dan merangkumi segala genap aspek kehidupan. Islam telah menyediakan garis panduan yang begitu cantik dalam penyusunan sistem kekeluargaan. Zuriat yang soleh dan mampu memberi syafaat pada ibu bapa di akhirat kelak bermula dari pemilihan pasangan mengikut syariat yang ditetapkan Islam.Wallahua’lam..














4 comments:

  1. xde sambungan ketiga ke...? hihi

    ReplyDelete
  2. ada smbungan ketiga klu ishikawa nk sumbgkn artkel....('',)

    ReplyDelete
  3. merepekla ustazah ain, ni ade ke nk kite pulak yang kene sumbangkan artikel pasal ni... huhu

    ReplyDelete
  4. ain..sambung la mende lein lg..
    hak2 dlm tempoh pertunangan ke.. hubungan dgn bakal fmly ke.. dsb. (ader permintaan drpd bbrp org..akak tlg sampaikan ler..)

    ReplyDelete