Di celah-celah kesempitan masa untuk menyediakan kelengkapan berperang imtihan dunia, saya cuba meluangkan secebis masa untuk berkongsi rasa bersama pembaca.Biarlah sedikit asalkan bermanfaat..Dalam kelas ayat ahkam hari ini Dr Jamal mengajar tajuk peristiwa penukaran qiblat dari Baitul Maqdis, Palestin ke Masjidil Haram, Makkah.
Apa yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama adalah, apakah hikmah dijadikan kaabah@Masjidil Haram sebagai kiblat umat Islam. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia, melainkan ada hikmah yang tersembunyi dan tersirat. Dan kita sebagai hamba-NYA tidaklah mengetahuinya melainkan dengan penelitian@istiqra’ yang mendalam.
('afala yatadabbarun?? 'afala tatafakkarun?? 'Afala ta’qilun??)
Hikmah dijadikan qiblat kita SATU adalah, tidak lain dan tidak bukan menunjukkan bahawa umat Islam itu adalah SATU walaupun berbeza-beza keturunan,bangsa,warna kulit…(maka sayangilah pak-pak arab di luar sana walaupun mereka kadang-kadang ‘kejam’ dengan kita..selingan…)..Lebih-lagi dalam keadaan sekarang, dimana umat Islam di bumi Palestin bermandikan darah mempertahankan tanah air dan yang lebih penting mempertahankan Masjidil Aqsa; kiblat pertama kita…
Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam. Demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan. Bayangkan kekuatan umat Islam jika seluruh umat Islam di dunia ini bersatu?
Menaqalkan kata Dr Jamal apabila kiblat kita SATU…Maka….
Sepatutnya pemimpin kita juga adalah SATU yang memimpin dunia ini. Pemimpin yang dapat mendaulatkan kalimah tauhid dan memakmurkan bumi ini sebagai khalifah-NYA. Pemimpin yang dapat melaksanakan undang-undang Islam dan menjadikannya sebagai manhaj kehidupan..
(al-maidah:45)
(al-maidah:47)
Sepatutnya matawang kita juga adalah SATU..Kerana disitulah terletak kekuatan ekonomi kita..Kalaulah EU dapat mewujudkan matawang EURO nya..Kenapa tidak kita yang dihubungkan dengan akidah yang SATU ini?? ikatan yang sepatutnya lebih kuat berbanding ikatan ampuh yang wujud dalam kalangan mereka..
Dan bermacam-macam lagi sepatutnya yang perlu kita SATUkan….
Janganlah kita menjadi sebahagian daripada buih-buih di lautan…
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al-wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
MATLAMAT untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi pinjaman ini adalah tanggungjawab bersama bagi yang mengucapkan kalimah keramat syahadatain..
WASILAHnya terpulang pada anda…Pilihlah mana-mana wadah yang anda selesa, selagi mana wadah itu memperjuangkan Islam. Buangkan sifat hasad dengki, jatuh menjatuh, saling memburukkkan antara satu sama lain.Bersatu dalam perkara usul,berlapang dada dalam perkara khilaf..
Akhir kata..Terimalah lagu ini buat tatapan dan renungan semua….
ADAKAH KAU LUPA
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Artist: Alarm Me
p/s : minggu depan exam wasoya,maqosid & qawaid fiqhiyyah...do pray for my success....('',)
0 comments:
Post a Comment