Ini 2 rangkap pantun yang di ‘emel’ oleh bonda pagi tadi...20 April 2010
Ke negeri orang menanam pisang
Jangan kita menanam tembilang
Mandi tak basah makan tak kenyang
Merindui anakanda di negeri orang
Maksud di hati memeluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai
Maksud di hati hendak ke Urdun
Ongkos dibelanja meyambut mempelai
Ini pula pantun balas daripada anakanda....ditulis usai sahaja pulang dari jamiah....
Dataran syuhada’ bumi barakah
Menjadi saksi pertumpahan darah
Duhai bonda doakan anakanda tabah
Menghadapi hari yang kian payah
Bayd maqli dibeli sarapan
Syawarma arabi dijadikan santapan
Tiap hari gambar bonda jadi tatapan
Amanatmu juga, erat kusimpan
Sampai rumah lauk terhidang
Terus dimakan sehingga kenyang
Jangan lupa usai sembahyang
Doakan anakanda menjadi ulama terbilang
3 tahun berada di perantauan
Menunggu masa pulang ke halaman
Anakanda disini rindu-rinduan
Wahai bonda nantikan kepulangan
Hanya berbaki setahun sahaja lagi..Semoga cita-cita yang dihajatkan tercapai serta dipermudahkan segala urusanku ..HAZAF PINJAMAN YT!!! Amin ya-rabb….
akak masih ingat pertemuan dengan mak ayam..she is so nice n lembut..balik ni nak g lawat awak lagila kat umah..nak ain plak masak ! heheh
ReplyDeleteya Allah ain..sori2 akak tersalah eja tak perasan tadi dah terpost...nak tulis awak tertulis lain astaghfirullah.sori2
ReplyDeletemak ayam??xpe2..tu la..lain kali tgah mkan jgn mngadap lptop..mcm k sarah tu..oppss...maafkn adik ain k sarah.('',)...bisa dimaafkan my sis...sudi2 bertandang ke rumah lagi..saya masak??alor2...iza wajadat ummi,batola farhain..kaedah fiqh yg dah dimodified...haha..insya-allah....rindu sama kakak2 irbid...bittawfiq utk final exam.
ReplyDelete