Tuesday, 6 April 2010

Suci Sekeping Hati


Assalamualaikum,,,,,

Lagu ini khas ditujukan buat dua insan yang saya kasihi kerana ALLAH, along Fatin Najiha dan achik Afifah Azam….Semoga kita sentiasa diberi ketenangan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi, diberi hati yang lunak mengingati-NYA, anggota yang ringan beribadah kepada-NYA..Tidak lupa buat semua adik beradik yang melata di seantero dunia serta semua sahabat seakidah seperjuangan…Terimalah...


SUCI SEKEPING HATI

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Artis: Saujana

p/s: sangat suka nasyid-nasyid lama berbanding nasyid baru yang banyak berkisar pasal cintan-cintun je,,nasib baik ade MAHER ZAIN …(‘’,)..siapa setuju??hands up please..

1 comments:

  1. lagu maher zain pon org duk minat lagu for the rest of my life je..haha,,,no komen...
    to achik---sila jgn blur2 da ye....

    ReplyDelete