Kejayaan atlet Bahrain, Ruqaya al-Ghassara dalam acara lumba lari 200 meter di Asian Games di Qatar, Doha pada 2006 yang lalu telah berjaya membuka mata sesetengah pihak yang mengatakan Islam adalah agama yang jumud dan yang menyekat kebebasan kaum wanita. Dengan mengenakan pakaian yang direka khas dari Australia ;menutup aurat berbanding atlet lain yang ‘tidak cukup kain’, Ruqaya telah berjaya menggondol pingat emas dalam acara yang disertainya. Selain beliau, nama-nama lain seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, ikon muslimat dalam sukan olimpik di Beijing.Tidak dilupakan juga buat Nora Naraghi, wanita Iran yang juga merupakan jagoan motocross pernah memenangi Kejohanan Motocross Wanita Iran Pertama pada Oktober 2009. Kejayaan mereka telah membuktikan bagaimana tuntutan menutup aurat dalam Islam tidak menghalang wanita menempa kejayaan dalam bidang sukan.
Menurut perbahasan ulama’ tentang penglibatan wanita dalam sukan, ulama kontemporari telah menggariskan beberapa panduan.Antaranya, Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar berkata:
“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:
1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.
Realiti penglibatan wanita dalam sukan di Malaysia
Menelusuri realiti penglibatan wanita dalam sukan di Malaysia terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dimuhasabahkan.Tempat rekreasi sukan yang bercampur jantina, pakaian sukan yang tidak menutup aurat, penggunaan jurulatih lelaki yang mengundang pada gangguan seksual,tayangan dan siaran langsung oleh media massa televisyen sukan renang wanita, gimnastik dan lain-lain lagi
Dalam mendepani permasalahan ini, peranan golongan agamawan amatlah perlu dalam membuat anjakan paradigma agar aktiviti sukan dijalankan selaras dengan kehendak dan tuntutan syara’. Amatlah malang apabila sukan yang sepatutnya dikira sebagai ibadah dalam Islam tetapi apabila nilai-nilai Islam tidak dihayati dan dipraktikkan malah dicemari dengan unsur-unsur yang tidak sepatutnya, impaknya ia tidak dikira sebagai ibadah,malah mengundang pula kemurkaan tuhan yang Esa. Kitalah duta-duta Islam yang berperanan untuk memperbetulkan mentaliti masyarakat Malaysia dan menunjukkan bahawa pakej Islam adalah sesuai untuk semua, menyeluruh dan lengkap dengan segala aspek kehidupan, gaya hidup, sukan, kerjaya dan pembentukan peribadi.
Penyediaan alternatif
Dalam usaha untuk memberi kesedaran pada masyarakat, seorang daie dan duat jangan terlalu banyak menghukum mad’u tetapi hendaklah memberi alternatif dan cadangan penyelesaian. Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlulah mengambil peranan dengan lebih serius. Kemudahan-kemudahan sukan yang ada perlu disesuaikan bagi menepati keperluan-keperluan khusus muslimah. Umpamanya gim,pusat rekreasi sukan serta kolam-kolam renang yang berasingan atau lebih tertutup perlu disediakan untuk kegunaan muslimah. Mengambil contoh dari Teheran, Kompleks Sukan Englab seluas 84 hektar mengambil kira kemudahan untuk wanita Iran berekreasi. Kini, mereka bukan sahaja boleh bermain boling,bermain golf dan berenang malah mereka boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti kelab fitness, snuker, pinball dan akademi luncur ais.
Selain itu, penganjuran sukan khas untuk wanita perlu diadakan samada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Usaha yang dilakukan oleh NISA’ MALAYSIA dalam menganjurkan sukan khas untuk wanita pada tahun 2007 wajarlah dicontohi dan diteruskan. Malah tanpa disangka, sambutan amatlah menggalakkan. Dan apa yang lebih menarik penyertaan dibuka kepada yang muslim dan non muslim. Program serampang dua mata yang bertujuan untuk menyediakan alternatif sukan wanita mengikut syara’ di samping usaha dakwah secara tidak langsung pada non muslim dapat dijalankan.
Aspek pakaian sukan juga perlu diberi perhatian kerana pakaian yang digunakan pada masa kini tidak selaras dengan nilai-nilai agama dan kesopanan yang sedang diterapkan di kalangan masyarakat. Kita harus berusaha mengadakan pakaian sukan untuk wanita dan lelaki juga yang lebih bersesuaian dengan Islam dan budaya negara ini. Pakaian masa kini yang kurang sesuai, sedikit sebanyak telah menggurangkan minat wanita khususnya wanita Islam untuk aktif dalam bidang sukan berprestasi tinggi walaupun mereka mempunyai keinginan dan potensi untuk mempamerkan kecemerlangan dalam bidang sukan. Alhamdulillah, kini terdapat beberapa syarikat yang mula mereka dan memasarkan pakaian sukan yang menepati kehendak syara’.
Penutup
Islam tidak pernah menyekat kebebasan wanita dalam bersukan. Malah meletakkan beberapa garis panduan yang ‘cantik’ yang menunjukkan Islam menjaga dan mengangkat martabat wanita.Maka, untuk menentukan sama ada sukan yang dilakukan adalah ibadat atau adat, relevan atau tidak relevan bergantung pada niat dan cara kita; sejauh mana kita beriltizam dengan nilai dan ajaran yang ditetapkan oleh Islam. Sesungguhnya agama Islam adalah agama yang fitrah dan lengkap, mencakupi segenap aspek kehidupan.Wallahua’lam.
(Artikel untuk as-soff edisi kedua)
Selingan KARISMA 2010 ; SATU LONTARANKARISMA telah pon berakhir sehari yang lepas. Mafraq selaku penganjur karisma tahun ini telah mempamerkan pengurusan dan penganjuran yang baik walaupun menghadapi pelbagai kekangan dan masalah. Para atlet dari seluruh mantiqah pula masing-masing berentap dan mempamerkan persaingan yang sengit. KARISMA telah pun diadakan sebanyak 3 kali dan setiap mantiqah telah pun menjadi tuan rumah kecuali Amman. Untuk penganjuran KARISMA yang akan datang, saya mengharapkan adanya ‘kelainan’. Mungkin ukhuwwah sesama ahli mantiqah telah dapat direalisasikan, tetapi ukhuwwah ahli MPPM berlainan mantiqah masih perlu dimuhasabahkan. Terpulang apa bentuk kelainan yang dibuat asalkan tembok ukhuwwah berlainan mantiqah dapat dipecahkan,paling tidakdapat dikurangkan. Pada saya, sukan bukan sahaja medan untuk menguji fizikal atlet semata-mata tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Malah sukan merupakan medan yang menguji mental dan emosi atlet, bahkan penyokong apabila berhadapan dengan situasi-situasi tegang. Bertindaklah matang, salurkan pandangan dan komentar dengan cara yang berhemah. Belajarlah berlapang dada dan menerima perbezaan pendapat. Apapun tahniah bagi atlet yang berjaya tak lupa buat juara bersorak juga.Bagi yang kurang berjaya,tahun depan masih ada untuk anda….PEACE NO WAR!!!
2009-‘saya datang kerana ukhuwwah’
2010-‘minda atasi upaya’
2011-??????
P/S:STUDY mahu buat yang TERBAIK. SUKAN mahu buat yang TERBAIK. ’MENGHADAP ALLAH’ lagilah mahu dalam keadaan TERBAIK .Berpakaianlah dengan sebaiknya ketika mahu bertemu dengan-NYA…tinggalkan perbuatan yang makruh…muhasabah buat semua…orang mukmin sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaannya…wallahua'lam..
0 comments:
Post a Comment