Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, masih berpeluang menghadiri kelas tafaquh pensyarah kegemaran saya walaupun di celah-celah kesibukan menyediakan kelengkapan ‘berperang’ untuk menghadapi imtihan thani. Seolah-olah disuntik dengan jarum ‘semangat’ oleh ayahanda dr. Syuesh untuk meneruskan pencarian ilmu di bumi dataran shuhada’ ini. Kelainan ayahanda dalam memberikan muhadarah menyebabkan saya tidak betah untuk ponteng muhadarahnya melainkan adanya masyaqqah. Pengajaran yang tidak berbentuk menghabiskan silibus tapi lebih kepada membentuk jiwa anak-anaknya menjadi seorang muslim, mukmin, mukmin serta jundi kepada agama ALLAH.
Pada muhadarah kali ini ayahanda menerangkan dua fikrah utama. Pertamanya berkaitan hubungan ulama dengan pemerintah. Hubungan yang sepatutnya wujud adalah hubungan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, bertentangan dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Maka impak negatifnya, fiqh tidak dapat berkembang dengan baik serta kalimah tauhid tidak dapat ditegakkan. Dua Negara yang dapat melaksanakan islam dengan baik hanyalah Sudan dan Saudi. Ulama’ hari ini berdepan dengan beberapa cabaran besar. Samada memilih untuk bersuara dan dipenjarakan atau memilih untuk mengikut telunjuk ‘mereka’ dan mengisi poket masing-masing dengan wang beribu-ribu ringgit. Ketika diajukan persoalan tentang hukum ulama’ menyertai pilihanraya, ayahanda mengatakan tidak salah selagi mana niatnya adalah mahu menegakkan Islam serta mengubah dasar-dasar negara agar selaras dengan syariat.
Selain itu ayahanda menceritakan bagaimana juhud ulama’ dipandang remeh dan lekeh oleh masyarakat dunia hari ini. Bandingkan publisiti dan liputan yang dilakukan oleh media apabila ada perkahwinan artis-artis seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain. Berbondong-bondong syarikat berebut untuk mendapatkan hak penyiaran stesen televisyen masing-masing. Malah menawarkan jutaan ribu ringgit. Tetapi apabila sheikh-sheikh kabir berkunjung ke Malaysia atau berlaku kematian ulama’-ulama’ besar adakah publisiti yang dilakukan sehebat artis-artis tersebut. Mungkin pahit untuk ditelan situasi yang berlaku di Malaysia tanah airku tetapi itulah hakikat yang perlu diterima. Kitalah pemuda pemudi ; agen perubah masyarakat satu hari nanti yang bakal mengubah situasi ini satu hari nanti. Kenapa kita?? Iya… Kerana kitalah yang mengucap dua kalimah syahadah maka tertakliflah amanah itu diatas pundak kita semua.
Seterusnya ayahanda menegur adab-adabmenuntut ilmu seorang tholibul ilm. Dibandingkan bagaimana kesusahan sistem pengajaran yang dahulu yang akhirnya dapat melahirkan ulama’-ulama’ yang hebat. Seperti langit dan bumi.Masya-ALLAH... Ditambahkan lagi dengan ajinomoto malas dan sambil lewa bakal ulama'-ulama' muda masa kini. Al-Qur’an yang malas dibaca, puluhan kitab hadis yang belum pernah dibuka, muhadarah yang selalu ghiab, kemudian melatah pula apabila diberi markah yang sedikit dalam imtihan. Muhasabah buat yang bergelar bakal ulama.Terlalu tinggi harapan yang diletakkan oleh seorang ayah pada anak-anaknya. Bukan gaji yang dipinta, bukan duit minyak yang diharapkan, tetapi tidak lain dan tidak bukan melihat anak-anaknya menjadi jundi pejuang dan pembela agama ALLAH.
Bermuhasabahlah..Bermuhasabahlah…Dan terus bermuhasabahlah wahai anakku…
Quote terbaik untuk minggu ini dari Dr Syuesh Mahamid :
Orang yang menghulurkan tangan pada hujung bulan tak akan mampu menghulurkan lidah pada awal bulan. Fikir-fikirkan.
p/s-Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir ke kelas tafaquh.Yang baik jadikan teladan,yang tak elok jadikan sempadan. Semoga diberkati wahai tetamu-tetamu dataran syam.
0 comments:
Post a Comment