Saturday, 22 May 2010

SALAM PEPERANGAN TETAMU DATARAN SHUHADA' MU'TAH.....



Debaran imtihan kian terasa. Masing-masing kelihatan menyiapkan segala persiapan perang dengan cara tersendiri. Ada yang jadi ‘batman’ sehingga tidak tidur malam dan ada juga yang menjadi burung layang-layang; berhibernasi mencari ‘gua’ yang sesuai dengan jiwa untuk menelaah pelajaran masing-masing.Tergambar kesungguhan thulabul ilm untuk menghadapi imtihan..(musim imtihan je ke bersungguh??muhasabah2…)

Saya tertarik apabila melihat cara study sahabat-sahabat saya. Ada yang mengulangkaji sambil mendengar ayat suci qur’an,ada yang sambil kunyah makanan dan bermacam-macam gaya lagi. Ketahuilah bahawa persekitaran sekeliling anda study sangatlah memainkan peranan penting dalam proses otak menerima input-input untuk dimasukkan ke dalam ‘laci fail’ otak. Bagaimana yang study sambil mendengar lagu-lagu dan cerita yang tidak sepatutnya??Lu sendiri mau pikir bak kata nabil raja lawak..

Dalam menghadapi fatrah imtihan 3 elemen utama yang perlu dititik beratkan adalah keseimbangan IQ, EQ dan SQ…Elemen IQ tidak perlu diulas panjang kerana saya percaya sahabat-sahabat sudah maaruf.Tetapi apa yang selalu diabaikan adalah EQ anda dan orang sekeliling anda. Bersama-samalah kita mewujudkan persekitaran yang sihat sesama kita. Fatrah imtihan bukanlah masa untuk anda study 24 jam. Ambillah masa untuk kita bersosial dan berkomunikasi dengan sahabat sekeliling. Selain itu, jangan tertekan dan selamat menyalurkan aura-aura positif kepada sahabat-sahabat anda. Fatrah imtihan juga janganlah menjadi penghalang untuk kita meluangkan masa dan tenaga untuk ISLAM serta untuk kita melapangkan urusan sahabat-sahabat kita. sabda nabi SAW:

قال: (( من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله

عنه كربة من كرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،

ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما كان العبد في عون

أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في

بيت من بيوت الله یتلون كتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم

الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه))

رواه مسلم بهذا اللفظ.


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidakberkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


Untuk elemen SQ pula, perkara yang perlu dimuhasabahkan adalah apabila kita hanya mengenal-NYA di waktu kita sempit sahaja. Bayangkan anda mempunyai seorang sahabat yang akan datang mencari anda apabila mempunyai masalah sahaja. Apabila hidupnya senang dan jauh dan tiada masalah maka dia akan ‘jauh’ daripada anda. Apakah perasaan anda??
Sabda nabi SAW:

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ:
(( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkaumeminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongandengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yangmemang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembarantelah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. KENALILAH ALLAH KETIKA SENANG NESCAYA DIA AKAN MENGENALIMU DI KETIKA SUSAH. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


Setakat ini sahaja coretan buat kali ini..Selamat menghadapi imtihan..Semoga najah dunia dan akhirat..doakan kejayaan saya juga..


p/s : Bittawfiq wannajah khusus buat along, ateh, acik, alang, ayang, ucu, anje,adik beradik tersayang, ahli syuqah matorneh, anak-anak murid maliah, dan buat anak-anak TDI tersayang afifah azam, farhana saminin, akmallina,faiz solehan,k ida dayana, fatimah rafik dan Mariah..semoga anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.Tak lupa buat sahabat 1 (shidah) dan sahabat 2 (I’ffah).,,(‘’,)

0 comments:

Post a Comment