
Pernahkah anda memasuki dewan peperiksaan dengan penuh yakinnya, tetapi apabila mendapat kertas soalan segala maklumat yang berada dalam laci otak anda berterabur?
Atau pun usai sahaja anda keluar daripada dewan peperiksaan, tiba-tiba teringat bahawa anda terlupa menjawab beberapa soalan yang dipinta?
Atau anda telah menjawab segala soalan yang diberikan tetapi markahnya 'hampeh’?..
Jangan disangka blind spot hanya dialami oleh pemandu kereta yang memandu dijalan raya sahaja atau blind spot secara hakikinya didalam mata kita sahaja.Tetapi kita juga mungkin boleh di'buta'kan mata dan hati semasa manjawab peperiksaan. Iye…Saya pernah mengalaminya.Dan setelah koreksi diri dilakukan dan sedikit pengamatan pada orang sekeliling, berikut saya kira merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya blind spot ketika menjawab exam :-
REDHA IBU DAN AYAH
Kadang-kadang tanpa disedari walaupun kita berjauhan dengan keluarga, kita telah mengguris hati dan perasaan mereka. Terdapat ibu bapa yang jauh hati dengan sikap anak-anaknya..
‘’Call ayah bila pokai dan kering je’’ rintih ayah..
‘’Call ma masa musim exam je’’ sayu suara ibu...
Kadangkala kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Selain daripada menghubunginya secara berkala, selalulah berdoa memohon kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Insya-ALLAH mereka akan senantiasa redha pada kita dan ingatlah doa ibu pada seorang anaknya direct akan sampai kepada-NYA..
H.A.T.I
Ini merupakan antara faktor terbesar saya kira. Daripada seketul daging yang tidak dijaga. Maka nah!! Terimalah akibatnya ketika imtihan...Iye..Betul..Kita telah berusaha sehabis baik membuat persediaan sebelum imtihan..Tetapi apabila hati gelap, mana mungkin mahu menerangi kertas peperiksaan yang mengandungi ilmu-NYA..
Sabda nabi saw :
وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَد كلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب
رواه البخاري ومسلم
Mafhumnya: Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Antara perkara yang boleh menyebabkan hati gelap adalah mendengar lagu-lagu yang lagho lagi tidak berfaedah, menonton cerita @ filem yang tidak membangunkan jiwa, bersembang kosong ditambah ajinomoto ghibah dan namimah, dan bermacam-macam lagi yang saya rasakan kita sudah tahu tetapi tidak betah untuk meninggalkannya.TIDAK MELETAKKAN PERGANTUNGAN PADA ALLAH
Sesetengah orang merasakan bahawa dia berjaya hanyalah kerana usaha yang dilakukan semata-mata. Kita lupa pada DIA pemilik segala ilmu, pemilik segala-galanya. Maka tunggulah akibat daripadanya apabila terasa dirinya terlalu ‘bijak’ lagi ‘pandai’. Jangan lupa bahawa DIA mengetahui segala yang tersembunyi dalam hati hamba-hamba-NYA. Maka letaklah pergantungan padanya selepas gigih berusaha dan kenalilah dia ketika waktu senangmu. Maka dia akan mengenalimu ketika waktu sempitmu. Insya-ALLAH…
TIDAK AMAL ILMU YANG DIPELAJARI
Ini juga penyakit besar yang menimpa kita; tholibul ilmu syarie’…Ilmu melimpah ruah tetapi tidak disertai dengan takwa dan amal. Makin banyak yang dipelajari, makin bongkak pula kita. Makin banyak ilmu yang dicari, makin banyak pula larangan-NYA yang dilakukan. Makin banyak ilmu yang digali, makin culas untuk kita melakukan amal-amal sunat, malah yang makruh pula dikejar-kejar ..Nauzubillah pada hari kiamat nanti kita akan di’laknat’ oleh ilmu kita..Biarlah di’laknat’ ketika menjawab imtihan dan akhirnya mata kita akan celik dan tidak berterusan melakukan perkara tersebut. Pepatah arab mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Kalau di kampung saya, pokok yang tidak berbuah mungkin akan ditebang sahaja oleh datuk saya dijadikan kayu api..Mahukah kita menjadi bahan bakar kayu api di akhirat kelak?? Nauzubillahi min zalik..
TIDAK MENJAGA HABLUMMINANNAS
Sebelum melangkah keluar daripada pintu rumah kita untuk ke dewan peperiksaan, jangan lupa untuk memohon maaf daripada orang sekeliling kita. Mungkin ada yang terguris hati, tercalar perasaan disebabkan kita atau mungkin juga ada hak-hak mereka yang kita tidak tunaikan. Dibimbangi akan menyebabkan kita ter’hijab’ untuk menjawab soalan peperiksaan.
U.J.I.A.N
Iya…ia merupakan ujian daripada DIA..DIA mahu berbicara bahawa kau hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa-apa..Dan DIA sahaja yang berkuasa dan berhak menentukan segala-galanya. Maka janganlah risau kerana ini hanyalah imtihan dunia..Tetapi takutlah jika kau gagal dalam imtihan akhirat kerana tiada lagi ‘repeat paper’ ketika itu.
Ini hanyalah sebahagian sahaja faktor-faktor yang berlakunya blind spot. Mungkin lain orang, lain sebabnya. Teruskan koreksi diri anda. Semoga anda akan bertemu dengan jawapannya. Bagaimana pula dengan orang yang nampak macam entah pape tetapi still berjaya dalam imtihan?? Pelik ke?? Mungkin itu ujian daripada-NYA ke atas si polan atau juga dipanggil sebagai istidraj…tidak di dunia mungkin di akhirat sana akan terjawab..Wallahu’alam..
KOREKSI DIRI…MUHASABAH DAN JANGAN JEMU UNTUK BERMUHASABAH…
MUHASABAH ITU MUNASABAH…
Semoga bermanfaat…..peringatan untuk diri sendiri yang hina ini juga..
*artikel bersempena final exam universiti Mu’tah….2 madah lagi berbaki..doakan saya...
p/s : Dicelah-celah kesibukan menghadapi imtihan, jangan kedekut masa untuk update berita saudara kita di PALESTIN..doa itu senjata orang mukmin selain daripada BOYCOTT barangan keluaran Israel yahudi laknatullah….
0 comments:
Post a Comment