Saturday, 18 September 2010

ANDA YANG MANA SATU??


Jika ditanya kanak-kanak kecil..

Adik nak jadi apa besar nanti??

Adik nak jadi doktor, nak tolong orang sakit…

Adik nak jadi polis macam dalam cerita gerak khas…

Adik nak jadi spongebob, boleh duduk dalam rumah nenas..:P


Jika ditanya hala tuju pelajar lepasan SPM ketika mengisi borang UPU atau borang biasiswa tajaan JPA atau MARA…

Saya isi pilihan pertama accounting

Pilihan kedua business management

Semestinya saya pilih chemical engineering..

Itu cita-cita saya sejak saya dalam perut ibu lagi..:)

Pilihan terakhir saya, syariah dan undang-undang…Tapi kalau dapat pun saya istikharah dulu nak masuk ke tak...


Jika ditanya ibu bapa pula…

Anak mak cik sambung mana??

Dengan penuh kebanggaan si ibu menjawab…

Anak saya ambil TESL di Australia…

Anak saya ambil engineering di Jepun…


Begitulah antara perbualan berkaitan mentaliti masyarakat Malaysia. Walaupun bukan semua yang berfikiran begitu, saya percaya masih wujud peratusan yang besar yang masih dikongkong dengan pemikiran sebegini. Kita telah dimomokkan bahawa bidang-bidang tersebut adalah bidang yang MESTI kita dan anak-anak kita ceburi. Ada juga memilih kerana kerjaya yang dipilih tersebut glamour dan mengangkat kedudukannya dalam masyarakat. Ada pula yang memilih kerana kerjaya tersebut menjanjikan pulangan yang lumayan apabila bekerja nanti.Tetapi begitu SEDIKIT yang menceburi bidang tersebut kerana ingin menegakkan kalimah tauhid-NYA; menjadikan sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan keimanan kepada DIA dan seterusnya menjadikannya sebagai salah satu wasilah untuk menyampaikan risalah-NYA. Begitu SEDIKIT juga yang mengambil bidang tersebut untuk membuktikan umat ISLAM itu sentiasa cemerlang bukan hanya AKHLAKNYA, IBADATNYA dan segala-galanya malah AKADEMIKNYA juga sehebat orang cina, barat dan lain-lain..


PENGAJIAN ISLAM DIPINGGIRKAN..PILIHAN TERAKHIR??

Berapa ramai pelajar yang berada di bangku sekolah terutama yang berlatarbelakangkan pendidikan sekolah agama mendapat pendedahan tentang kursus pengajian Islam yang ditawarkan diperingkat universiti. Lebih malang apabila kita dimomokkan bahawa bahasa arab merupakan antara bahasa yang paling susah dipelajari dicampur dengan sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa arab di sekolah berorientasikan hafalan. Tersenyum sendirian apabila mengenangkan soalan bahasa arab tinggi SPM saya dahulu contohnya sebijik-sebijik diambil daripada buku teks. Begitu kurang sekali soalan yang berbentuk praktikal dan mencabar minda pelajar berbanding soalan matematik tambahan ,fizik dan lain-lain.

Mentaliti masyarakat yang mengatakan pelajar pengajian Islam hanya sekadar menjadi ustaz,menjadi imam masjid atau surau juga menjadi batu penghalang untuk mereka yang menyimpan hasrat menyambung pelajaran dalam bidang pengajian Islam.

Biasiswa yang ditawarkan oleh institusi dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk bidang pengajian Islam juga tidak sehebat bidang-bidang kritikal seperti perubatan,pergigian,engineering dan lain-lain lagi. Mungkin mereka kurang nampak peri pentingnya melahirkan ‘doktor-doktor’ untuk me’manusia’kan manusia. Nah..akibatnya lihatlah saban hari terpampang didada-dada akhbar kes zina,buang anak,bunuh dan bakar,dan berbagai-bagai lagi..Pelajar tajaan bidang kritikal kebanyakannya hidup selesa malah mampu melancong bertadabur alam ciptaan-NYA (Alhamdulillah..)..Manakala sebilangan besar pelajar bidang pengajian Islam pula keluh kesah dan tidak kurang mengikat perut setiap kali fasal baru menjelma.

(Terima kasih kasih Yayasan Terengganu kerana sudi memberi PINJAMAN pada saya).

Fenomena yang biasa berlaku juga apabila sejurus sahaja keputusan SPM seluruh negara diumumkan, maka seluruh pelajar cemerlang di’kaut’. Persoalannya siapa pula pelajar cemerlang yang akan mengambil bidang pengajian Islam?? Mujurlah masih wujud peperiksaan STAM yang juga menjadi salah satu trek melahirkan ‘doktor-doktor’ manusia selain SAR dan pondok-pondok yang tidak dapat dinafikan peranannya..


SAIFUL ISLAM..DEMAM IMAM MUDA..

Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai Saiful Islam, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Zahazan, merupakan antara nama yang membuka dimensi baru dalam mendidik minda masyarakat Malaysia. Mereka dapat membuka minda masyarakat bahawa tugas golongan ustaz bukan hanya tertumpu dimasjid tetapi peranannya lebih besar terutama dalam mengubati penyakit barah dalam masyarakat. Mereka berjaya membawa masyarakat kembali rasa bertuhan dan mengenali matlamat penciptaan manusia itu sendiri. Soalnya..Ramai mana mahasiswa graduan pengajian Islam yang mampu pergi sejauh mereka?? Masyarakat bukan mengidamkan Saiful islam fotostat tetapi mereka menantikan golongan-golongan agamawan yang lebih bijak dan terbuka mindanya (bukan islam liberal ye..) dalam membawa mesej Islam, faqih menjawab pelbagai persoalan mereka sesuai dengan waqi’ Malaysia bukan hanya ilmu kitab sahaja. Maka sejajarlah dengan hadis nabi S.A.W bahawa ulama’ itu pewarisnya..

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

Rancangan realiti tv, Imam Muda yang mempunyai puluhan ribu peminat juga membuktikan masyarakat Malaysia masih ‘lembut hati’nya. Cuma memerlukan usaha yang lebih serius oleh kerajaan untuk menyediakan lebih banyak program realiti tv alternatif yang sesuai dengan fitrah asal manusia.

"Dari Al-Aswadi bin Surai'e bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi."

(Riwayat Al-Imam At-Tabrani).

Tergelak apabila ibu saudara saya menceritakan sepupu saya yang sedang mengambil automotive engineering ingin mengambil pengajian Islam selepas menonton Imam Muda.Walaupun mungkin hanya berseloroh tetapi ia masih menunjukkan Imam muda mampu memberi impak positif dalam masyarakat.


KENALI POTENSI DIRI ANDA

Untuk adik-adik yang masih mencari hala tuju kerjaya apa yang ingin diceburi dan masih kabur-kabur, kenali potensi adik-adik. Jangan hanya mengikut kawan atau trend semasa tanpa mengambil kira kemampuan dan potensi diri sendiri. Jika tidak adik-adik mungkin akan menyesal dan tidak seronok apabila mengambil bidang yang tidak kena dengan jiwa adik-adik. Betapa ramai yang apabila sudah berada dipertengahan jalan dan ada juga yang sudah hampir digarisan penamat akhirnya menyesal dengan bidang masing-masing.


JANGAN LUPA REFRESH TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN

Walau apapun bidang yang dipilih jangan pernah lupa dua tujuan utama manusia itu dicipta…

1.BERIBADAH kepada ALLAH

وَمَا خَلَقتُ ٱلجِنَّ وَٱلإِنسَ إِلَّا لِيَعبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Az-Zariyat:56)

2.KHALIFAH memakmurkan bumi-NYA

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُون

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah :30)

Saudara seakidahku…

Jangan pernah lupa tujuan dan matlamat akhir kita..Bukan hanya mengejar kejayaan dunia tetapi untuk matlamat yang jauh lebih panjang & kekal abadi. Jika anda seorang doktor,maka jadilah doktor yang muslim,mukmin dan muhsin.Jika anda seorang jurutera, maka jadilah jurutera yang muslim,mukmin dan muhsin...Siapa pun anda..Bidang apa pun yang diambil..Kita menjunjung amanah & tanggungjwab yang SATU .Moga dapat menjadi panduan dan peringatan buat sahabat-sahabat dan diri yang hina ini juga..

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang BERIMAN

(Surah Az-Zariyat: 55)

Wallahua’lam..

0 comments:

Post a Comment