Friday, 11 February 2011
Dia yang kami sayang, tapi DIA lebih menyayangi...
Aku mengira hari...Tinggal beberapa bulan aku bakal menamatkan marhalah pertama dalam bidang pendidikan di universiti. Setiap hari cuba memanfaatkan masa dengan membaca buku-buku selain subjek yang diambil di jamiah terutama subjek-subjek usuluddin. Entah kenapa daripada semalam aku teringat pada sebuah kitab hijau di atas rufuf. Baru sekali dua pernah diselak. Aku meletakkan buku atas katil, konon-konon mahu dijadikan bedtime story. Laptop dibuka, mata aku melirik pada sebuah tajuk berita, Allah...Allah...Allah..
Beliau meninggal dunia pada petang 9/2/2011..Menandakan bahawa umurnya telah genap 79 tahun..Di mana masanya dihabiskan dengan dunia pendidikan,pengajaran, ilmu pengetahuan di masjid-masjid beserta forum-forum ilmiah..
Syeikh Fadlhlul Hassan Abbas (lahir Saffuriyya di Palestin pada tahun 1932 M), salah satu ulama Sunni yang paling menonjol di Jordan, salah satu ilmuwan dalam bidang ilmu tafsir,hadis,ilmu bahasa arab dan balaghah..Beliau dikenali ramai melalui kitab-kitab hasil penulisan beliau,juga memberi kuliah tentang ilmu agama di corong-corong radio,dan juga tv..
Dr Fadl Abbas sebagai salah satu ilmuwan yang paling penting dalam bab tafsir dan tilawah alquran.Ketika pada tahun 70-an beliau ke udara dalam rancangan beliau sendiri di radio-radio Jordan sebanyak 400 episod.Beliau mengajar tentang ilmu Tilawah dan Tafsir..Beliau juga terkenal dengan cara pengajaran yang memudahkan orang ramai belajar..Dari segi penulisan beliau terkenal dengan pandangan yang menarik dan baru dalam ilmu tafsir al-quran..
Latar Belakang ringkas Pengajian:
Belajar di Universiti Azhar,di kuliah Usuludin..Beliau seorang lelaki yang soleh..Tamat menghafaz alquran pada umur 10 tahun.Kemudian menghafal matan-matan dalam fiqh Syafie dan Maliki..Ditambah pula ilmu aqidah,faraidh
Beliau bersekolah Menengah di Mesir selepas lulus,beliau berjaya masuk ke kuliah Usuludin di Universiti Azhar..Tamat pengajian ijazah pada tahun 1952..Beliau merupakan siswa yang paling muda tamat pengajian ketika itu.
Kemudian,beliau mendapat gelaran doktor (phD) di Universti Azhar,Mesir pada tahun 1972 dengan tajuk tesis beliau bertajuk:Arah tuju tafsir di bumi Syam,dan Mesir..
Latar Belakang Kerja:
Menjadi tenaga pengajar di Kuliah Syariah pda tahun 1966 di Jordan..Beliau mengajar dalam bidang Tafsir,Hadis,Tilawah,Tauhid dan juga Bahasa Arab..
Kemudian beliau berpindah dan bekerja di Emirate diantara tahun 1975-1978..Selepas beberapa tahun di sana beliau kembali berkhidmat pada tanah air tercinta di Jordan di Kuliah Syariah Universiti Of Jordan di Amman..Beliau memegang jawatan sebagai dekan kuliah Usuludin pada satu tempoh yang sangat panjang...
credit to awe-donde
p/s : Saya bukan kasyaf ye...tapi mungkin itu connection hati , tanda kecintaan pada ulama'...Moga cinta itu diterjemahkan dalam perbuatan..Moga2...AL-FATIHAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment