(BAHAGIAN 1)
Dulu saya selalu terfikir dan termenung. Mengapa pengajian agama
Islam kurang mendapat tempat di hati anak muda sekarang untuk menyambung
pelajaran, hatta saya sendiri suatu ketika dahulu. Setelah dibuat pengamatan,
dan sembang-sembang pengalaman bersama beberapa orang yang terlebih dahulu
makan garam, saya telah menemui beberapa jawapan. Antaranya sebab-sebabnya
adalah seperti berikut .
Kurangnya pendedahan
Saya sendiri mengakui perkara ini. Sememangnya terdapat program-program
dan ekspo kerjaya anjuran sekolah dan pihak-pihak yang lain. Tetapi jarang
sekali kedengaran terdapat booth-booth kerjaya untuk bidang-bidang agama. Maka,
apa yang tertanam di fikiran adalah orang-orang yang belajar agama tidak dapat
melangkah jauh; hanya menjadi ustaz dan ustazah di masjid, menjadi imam , tok
kadi. Cuma, mungkin impak daripada rancangan realiti Imam Muda &
Ustazah Pilihan telah membuka mata melihat prospek pekerjaan bidang yang baru
iaitu menjadi selebriti dakwah ( saya tak membincangkan tentang hukum). Kesan
daripada faktor ini juga menyebabkan kita ‘jahil’ tentang laluan dan lorong
yang perlu dipilih juga tentang tawaran-tawaran biasiswa dan zakat untuk mereka
yang mengambil bidang pengajian Islam (akan dikupas pada entri akan datang ).
Ia juga menyebabkan kita ‘jahil’ mengetahui ‘keseronokan’ mempelajari bidang
ini.
Tak ‘glamour’, bukan bidang kritikal
Iya. Kadang-kadang kita suka mengikut trend. Memilih untuk menjadi
apa yang masyarakat mahu, sehinggakan ada kes mengorbankan kemahuan dan
kemampuan diri sendiri. Saya juga begitu ketika mengisi borang UPU dan ketika
mendapat result SPM. Kita dimomokkan menjadi seorang engineer, arkitek, lawyer,
doktor, maka kita akan mendapat tempat di mata masyarakat. Saya tidak sesekali
dan tidak pernah menafikan kepentingan bidang-bidang ini, malah mereka adalah
sahabat-sahabat dan kawan kawan rapat saya. Apa yang ingin ditekankan adalah
MENTALITI yang KITA SENDIRI letakkan dalam perkara ini. Membicarakan tentang
kritikal tak kritikal, mungkin pada satu aspek, kerajaan sendiri mempunyai
pertimbangan yang lain. Keperluan pada kepakaran – kepakaran tersebut untuk
kemajuan teknologi negara pada masa akan datang. Persoalannya, bagaimana pula
kritikalnya kebobrokan akhlak dan pegangan orang Islam di Malaysia pada masa
ini?? Maka, pertimbangan ini harus diletakkan pada diri kita supaya ia menjadi
satu motivasi yang berterusan untuk mempelajari dan mendalami bidang ini.
Kecelaruan identiti para ustaz & ustazah
Ada yang sudah tamat pengajian , tetapi apabila diminta memberi
mengajar dan memberi sumbangan pada masyarakat, menyembunyikan diri dan bertapa.
Ada pemegang ijazah pengajian Islam, tetapi masih celaru identiti
dari sudut personaliti dan pemakaiannya ( tak semestinya berjubah, bertudung
labuh, dan berserban tapi yang menurut syara’ )
Ada yang apabila membaca al-Qur’an masih merangkak-rangkak
bacaannya.
Ada yang apabila ditanyakan berkaitan hukum hakam, semuanya tak
tahu.
Ada pula golongan yang tak sudah-sudah memeningkan kepala orang
awam dengan pelbagai fahaman peliknya.
Maka, saya kira ketiga-tiga faktor inilah antara yang menjadi
penyumbang, kenapa bidang pengajian Islam tidak mendapat tempat di hati
masyarakat dan anak muda dan ibu bapa sendiri kurang yakin untuk melorongkan
anak-anak mereka ke bidang ini.
THINK BIG, ACT BIG
Itu nasihat saya pada mereka yang sudah pun memilih bidang ini.
Apa yang anda mahu, apa matlamat anda. Apabila kita memilih bidang ini hanya
kerana ‘nak cari kerja’ dan mengejar segulung ijazah semata-mata, maka apabila
kita sudah mencapai apa yang dihajati, kita akan merasa cukup dan puas. Tetapi
jika kita meletakkan sesuatu yang LEBIH BESAR & LEBIH BERMAKNA, maka
kita akan merasa lebih bermotivasi untuk menjiwai dan menjadikannya sebahagian
daripada kehidupan kita. Sebagai contoh, tanamkan dalam minda kita apakah
peranan BESAR kita dalam masyarakat nanti. Antaranya :
Aku
akan menjadi seorang jurutera fiqh muamalat melaksana sistem kewangan ISLAM
yang bebas RIBA dan ADIL untuk UMMAT sejagat
Aku
akan menjadi seorang jurutera fiqh munakahat memikir bagaimana membentuk
masyarakat berUSRAH hingga akhirat
Aku
akan menjadi seorang jurutera hadis menapis dan mengimplementasi sumber kedua
agar manusia tidak sesat
Aku
akan menjadi seorang doktor penyakit hati, mencipta dan merumus 1001 formula
dan ‘ubat’ buat umat yang tenat
Aku
adalah seorang pilot yang akan memimpin UMMAT ke AKHIRAT dengan jalan SELAMAT
Aku
akan menjadi pakar bahasa arab, yang akan memikat hati manusia melalui
keindahan dan kecantikan Mukjizat Kitab Nabi Muhammad
Saya juga tertarik dengan beberapa usaha sahabat-sahabat saya.
Apabila menamatkan pengajian di peringkat ijazah, mereka memilih untuk bertukar
angin. Ada yang memilih ke bidang statistik. Ada yang memilih ke bidang
psikologi. Ada yang memilih bidang sejarah di fakulti sains sosial. Mereka
semua bercita-cita membuat kajian dan integrasi antara kedua-dua disiplin ilmu
di samping menangkis pemikiran-pemikiran Barat yang bercanggah dengan Islam
dalam bidang-bidang tersebut. Moga ALLAH merahmati dan mempermudahkan jalan
mereka.
(bersambung untuk akan datang……)

Nice fact sharing. Teringat masa nk masuk U dulu. smp nangis2 tak tau nk pilih bidang mana since result alhamdulillah melayakkan kedua2 bidang (sains & agama). 2 2 minat. Akhirnya amek sains, and now, jadi saintis and get married to an ustaz. Hehehe.....
ReplyDelete