Saban
malam, saya cuba untuk bermuhasabah diri sendiri…
Apa punca
yang menyebabkan saya melakukan dosa atau maksiat sama ada sengaja atau tidak…
Saya sering
kali lupa untuk membaca kalimah singkat ini..
Kalau di
baca pun mungkin tidak dihayati maknanya…
Impaknya,
tidak berbekas di hati…
Kalimah
singkat ini sepatutnya menjadi kalimah hikmat…
Kalimah
yang menyengat…
Kalimah
yang mengekang diri daripada berbuat maksiat..
Bayangkan
jika kalimah bismillah menjadi permulaan pada setiap perbuatan…
Dan paling
penting dihayati,
‘’Bismillahirrahmanirrahim,
kemudian mengumpat….bla…bla..bla…
‘’Bismillahirrahmanirrahim,
kemudian keluar dating dengan awek….
‘’Bismillahirrahmanirrahim,
kemudian tengok cerita bukan-bukan..
‘’Bismillahirrahmanirrahim,
kemudian upload gambar tak menutup aurat di Facebook…
Ha, pelik
bukan..
Pelaku
maksiat dan dosa takkan baca bismillah kan sebelum melakukan dosa…??
JOM LAZIMI
MEMBACA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SEBELUM MELAKUKAN APA SAHAJA…
MOGA JADI
PELINDUNG DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG MAKSIAT DAN DOSA…
Nota kaki :
Bismillahirrahmanirrahim…sedang menyiapkan senjata untuk berperang. Lima paper bakal ditempuhi bermula 3 Januari
2012-12 Januari 2012 . Mohon doa sahabat-sahabat…Bittawfiq untuk kalian juga.
Bangi
Bandar Ilmu,
17.36 p.m

0 comments:
Post a Comment