Sunday, 11 December 2011

Pesanan Ayahanda versi Malaysia


الدكتور  عادل بن عبد القادر قوته

Hari tersebut merupakan hari pertama bagi gadis tersebut mengikuti kuliah sebagai seorang pelajar majister. Hari ini, subjek usul fiqh & qawaid fiqhiyyah . Semangat baru setelah lama menganggur berbulan-bulan di rumah, maka jam 7.30 pagi sudah tertancap di hadapan bilik kuliah, menunggu  kehadiran pensyarah . Tiba-tiba, disapa seorang lelaki arab berjubah putih ,

'' ؟؟ BBS السلام عليكم يا أختي , لو سمحت, أين ''



Dengan penuh 'confident'nya, gadis tersebut mengajak beliau mendaki tangga ke tingkat 2, kaunter Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) , dalam hati membuat kesimpulan sendiri ( ini pelajar majister @ dukturah kot, mesti cari PPS dan menyebut BBS kerana 'pelat' arabnya..hihi..)

Usai sampai di hadapan kaunter Kak Pah PPS, mulut diringankan untuk bertanya pada sheikh berkenaan, 

'' اهلا وسهلا .أنت طالب ماجستر أم دكتوراة؟؟"

Dengan tersenyum, beliau menjawab

''لست طالبا" 

Setelah mendapat penjelasan, rupa-rupanya, sheikh tersebut merupakan pensyarah pelawat di universiti berkenaan merangkap pensyarah yang akan mengambil alih subjek usul fiqh & qawaid  . Tak memasal bawa pensyarah  tawaf bangunan FPI, tempat yang sebenar dituju adalah BSS (bilik siswazah satu) bilik yang betul-betul menjadi tempat perbualan kami pada permulaannya.nasib baik muka doc. mantain cool & tak marah.asiff ya duktur!!! ( kurang pendengaran + over confident + semangat hari pertama )


** ok, tutup cerita, saya memang tak berbakat dalam penulisan cerpen-cerpen ni **

**oppss..ini juga bukan blog diari**

** abaikan watak, nama , kisah dalam cerita di atas..mesej entri ini adalah 'cerita' di bawah.. :) **


Kisah di atas merupakan kisah awal saya bertemu dan mengenali guru saya. Sifatnya yang kelihatan zuhud, berjubah putih dan bersongkok ( mengikut 'uruf Malaysia barangkali) benar-benar menggamit memori dan jiwa bersama-sama para guru, murabbi dan asatizah di Jamiah Mu'tah...Ohhh...rindunya....rasa macam nak terbang ke Jordan. Mungkin itu satu sifat yang dikongsi bersama oleh mereka, perwatakan yang zuhud, sangat 'menjaga pandangan' dalam masa yang sama meraikan sifat kemanusiaan, mulut tidak lekang memberi nasihat dan menyampaikan ilmu kitab dan ilmu kehidupan.

Minggu lepas, merupakan minggu terakhir beliau mengajar, dan sungguh kecewa kerana hari ini baru saya berkesempatan membaca biodata penuh beliau. Kalau saya tahu lebih awal, mesti saya akan sediakan machine gun dan peluru pandu untuk 'tembak' lebih banyak soalan berkaitan bidang kepakaran beliau.

  • Beliau mendapat ijazah pertama & majister pengajian Islam, Kuliah Bahasa Arab dengan pangkat imtiyaz . Merupakan individu pertama yang mendapat pangkat berkenaan di qisim & kuliah di Jamiah Malik Abdul Aziz, Jeddah.
  • Mendapat dukturah dalam bidang Muamalat Perbankan Islam & Qawaid Fiqhiyyah, dengan pangkat mumtaz di Kuliah Syariah, Universiti Ummul Qura. Mendapat cadangan daripada panel penilai untuk membukukan dan mencetak tesis berkenaan
  • Merupakan salah seorang anggota Majma' Fiqh Islami
  • Merupakan salah seorang anggota penggasas Forum Fikr Islami

* biodata lanjut boleh di baca di web..tekan sini...


Atas permintaan beliau juga, saya kongsikan bingkisan nasihat yang ditulis pada saya dan sahabat-sahabat saya  :

Surat-surat ini akan datang ada nilai sentimental tau..boleh diwariskan pada anak, cucu, cicit , piut dan keturunan... :)


Secara ringkasnya, beliau memberi peringatan pada para penuntut ilmu supaya :-

  • Melazimi buku 'manual kehidupan', memperbetulkan bacaan dengan mendengar atau belajar daripada yang ahlinya., membaca serta menghayati maksudnya
  • Belajar dan berkomunikasi dengan bahasa arab yang betul kerana ia antara asas untuk mendalami agama 'direct' daripada sumbernya.
  • Bersungguh-sungguh dalam JIHAD menuntut ilmu
  • Meluangkan masa untuk bermunajat pada ALLAH, berdoanya padanya dan menyerahkan segala urusan kehidupan kepadanya.


Walaupun nasihat yang diberikan barangkali selalu didengari, tapi rohnya ibarat sentiasa diperbaharui lantaran kehalusan bahasa dan terbit dari jiwa & lidah seorang murabbi.

Surat-surat dan bingkisan seperti ini jugalah yang menjadi 'talian hayat' ketika saya bermalas-malasan. Bezanya  di Jordan dulu, saya sendiri yang menyalin mutiara-mutiara kata pensyarah dalam kelas. Balik Malaysia, di'upgrade' sedikit, disamping menyalin dalam bilik kuliah, saya meminta untuk pensyarah sendiri yang melakarkan mutiara kata tersebut. Adakah kerana tahap kemalasan saya bertambah..?? oh tidakkk...kerana tahap kesusahan pembelajaran makin bertambah..buat penyedap hati..:P..




Kenangan muhadarah kali terakhir bersama beliau

Setakat ini sahaja untuk perkongsian santai kali ini, harus menyambung perjuangan menyiapkan tugasan-tugasan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini. Doakan saya !!





0 comments:

Post a Comment