Peperiksaan akhir hampir
menjelang,
Ada yang mula menjadi kera
sumbang,
Ada pula masih ligat
bermain bola di padang,
Ada yang menghadap buku
sambil mata terpejam,
Itulah pelbagai ragam dan
warna warni persekitaran menjelang musim peperiksaan. Bagi memenuhi permintaan
beberapa orang sahabat, saya cuba untuk berkongsikan beberapa tips cara
pembelajaran pecutan terakhir; nama yang
lebih enak untuk study last minute.. ;)
Spend time on what
matter ( Time Management)
Ada subjek yang susah, ada
subjek yang mudah. Ada subjek yang silibusnya banyak, ada yang silibusnya
sedikit. Ada subjek yang kita power, ada subjek yang kita agak lemah atau
memerlukan fokus yang lebih. Perkara tersebut adalah subjektif, bergantung pada
individu. Maka, janganlah anda mengikut rentak sahabat-sahabat anda, kerana
anda lebih mengenali diri anda sendiri. Sahabat baik anda study subjek muamalat
maliah seminggu, anda pun berbuat demikian. Padahal ada subjek yang lebih
mustahak untuk difokuskan. Tentukan jadual dan masa study anda berdasarkan
kemampuan diri anda sendiri di samping selaraskan juga dengan beberapa sahabat
anda yang mengambil subjek tersebut supaya mudah untuk diadakan study group
dan perbincangan.
Fahami the
principles of memory
Kita begitu rajin untuk
meng’explore’ gajet-gajet baru yang ada di pasaran. Ipad, I-phone, galaxy
tab, Nikon DSLR dan berbagai-bagai-bagai lagi. Malangnya kita lupa untuk
mengenali gajet percuma dan tercanggih yang ada pada diri kita. Otak kita jauh
lebih hebat daripada komputer, jauh lebih advance dari I-phone. Kata mudahnya,
tak kenal , maka tak pandai guna. Dalam mendaftar dan menyimpan maklumat ke
dalam laci otak, kita akan melalui urutan 3 R
Register
à Retention
à Recall
Pertamanya, maklumat
tersebut akan dirakamkan dan didaftarkan. Proses yang kedua; retention
akan menentukan sama ada anda akan menyimpan maklumat tersebut untuk jangka
masa pendek atau panjang. Proses ini akan berhubung rapat bagaimana anda
mengatur strategi untuk menyusun maklumat yang bekal menentukan sejauh mana kemampuan
anda untuk recall kembali maklumat tersebut.
Berikut merupakan antara
tips yang boleh digunakan untuk membantu dan meningkatkan keberkesanan proses kedua dan ketiga :
Create a menu of what
you need to do
Benar, kita biasa
menyenaraikan apa yang perlu dilakukan tetapi adakah ia cukup berstrategi dan
terperinci. Menjelang peperiksaan , saya akan menyediakan satu senarai panjang
checklist apa yang perlu dibaca. Menyenaraikan sekecil kecil perkara bermula
dari apa yang diajarkan oleh guru daripada hari pertama kuliah hinggalah ke
kuliah terakhir. Itu juga menjadi satu kayu ukur dan panduan berapakah lama
masa yang perlu saya ambil untuk menelaah subjek tersebut. Usai satu topik, saya
akan memotong tajuk yang telah dibaca. Semakin cepat dan banyak tajuk yang berjaya
dipotong, semakin awal saya dapat tidur malam itu, atau sebaliknya !!
Jika inilah checklist saya pada malam peperiksaan, maka esok saya akan menjawab exam dalam keadaan bersedia dengan izin-NYA. Opps..Ini baru checklist satu topik kecil ok..?? Biasanya akan ada berpuluh atau kadangkala beratus tajuk yang perlu dicover.
Practice output
Apa yang kita baca adalah
input. Perkara PENTING adalah kita memahami input, sila jangan hafal apa yang
anda tidak faham. Juga sila jangan hafal apa yang tak perlu hafal. Otak kita
juga perlu dilatih untuk mengeluarkan output dalam keadaan under pressure. Kita
membaca, membaca, membaca dan membaca, sehinggalah saat mendapat kertas soalan
baru hendak belajar mengeluarkan output .Berikut merupakan beberapa cara untuk
berlatih mengeluarkan output :
- Conteng- conteng
Dulu saya mempunyai beberapa buah
buku conteng-conteng. Usai membaca satu bahagian, saya akan menutup buku dan
akan recall kata-kata kunci yang telah dibaca, kemudian akan menanda guna pen
merah. Ada orang kata syok sendiri, jangan kisah kerana bukan mereka yang akan
membantu anda dalam peperiksaan, tapi anda sendiri yang akan membantu diri anda.
- Exam olok-olok
Kita boleh menggunakan kertas-kertas
soalan lepas sebagai persedian memuntahkan output dalam keadaan under pressure.
Jangan buka buku untuk mengintai jawapan selagi anda tidak terdesak dan perah
otak anda. Latihan yang sangat baik sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.
- Study group
Kebiasaannya, kelas atau
discussion group hanya berlaku apabila ada ‘supply and demand’. Anda sepatutnya
mengambil langkah yang lebih proaktif. Jangan tunggu diminta untuk berkongsi,
tapi tawarkan diri anda. ‘’Saya mahu buat discussion group untuk subjek sekian..sekian..’’
Ia merupakan antara cara terbaik. Boleh rujuk gambar di bawah. 90 % maklumat
akan dapat diingat apabila kita MEMBACA, MENDENGAR, BERCAKAP, MELIHAT dan
MENGAMALKAN ilmu atau maklumat tersebut. Dan kebanyakan elemen ini terkandung
dalam STUDY GROUP !!
![]() |
| Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas..:) |
Guna ‘Alat Bantuan Mengajar’ untuk
otak anda
- Flash Card
Apabila diperhatikan buku yang
beratus-ratus tebalnya, kita kan berfikir MUSTAHIL aku dapat menghadam maklumat
sebanyak itu. Tetapi apabila kita telah ‘simplify’ maklumat yang kita ada
dengan memindahkan ke atas kertas-kertas kecil atau slideshow powerpoint yang
seronok dibaca, maka rasa mahu dikhatamkan buku yang lain pula ( ye ke..?? ).
Bagi pelajar Fiqh puluhan malah ratusan khilaf para ulama’ yang perlu diingat.
Pindahkan ke atas sehelai kertas dan lihat berulang kali. Kertas itu sangat
berguna disaat-saat anda berada di luar dewan kerana di saat itu, otak kita
mungkin sudah tidak boleh menerima maklumat yang berat-berat melainkan apa yang
sudah dibaca.
- Kaedah Mnemonik
Saya sangat suka menggunakan kaedah ini terutama untuk subjek-subjek yang memerlukan maklumat-maklumat yang tepat seperti menghafal khilaf ulama’, fakta-fakta dalam subjek tarbiyah wataniah & asasiyat idarah, susunan huruf hijaiyah dalam Mu’jam Ain. Semestinya saya akan menggunakan nama orang-orang yang saya sayang, nama yang pelik-pelik dan kelakar untuk meningkatkan dan merangsang memori saya. Maka, sambil menjawab peperiksaan, saya juga akan tersenyum sorang-sorang mengingati segala macam jenis fakta dan maklumat ini. Juga untuk maklumat yang paling SUSAH dan KELIRU untuk diingat, dapat sahaja kertas jawapan, saya akan conteng cepat-cepat maklumat tersebut ke atas tersebut. Tiba-tiba soalan last, memang ternyata itu soalan yang ditanya. Sambil tersengih dan mengurut dada tanda lega, tangan laju menulis jawapan..:)
![]() |
| klik gambar untuk paparan yang lebih jelas..:) |
- Penerapan multiple intelligence
Dr Howard Gardner telah mengenal
pasti tujuh jenis kecerdasan yang ada pada diri seseorang; linguistic,
mathematical/ logical, musical, visual/ spatial, physical, interpersonal ,
intra personel. Uji kaji diri anda sendiri dan lihatlah apa jenis
kecerdasan yang dominan pada diri anda dan seterusnya cuba kembangkan dari
semasa ke semasa. Selain itu, dengan mengintegrasikan dua , tiga atau lebih
kecerdasan ini juga dapat memberi impak yang positif pada otak kita. Ia juga
dapat mengelakkan kebosanan apabila cara study dipelbagaikan dengan pelbagai
cara; melukis, menyanyi, berinteraksi dan lain-lain lagi.
Sleep on it
Ini merupakan kaedah yang
diminati ramai orang. Tidur bersama nota tapi jangan sampai nota yang membaca
anda !! Ada kajian yang dibuat mendapati, otak kita akan cenderung untuk
mengingati perkara atau maklumat terakhir sebelum kita tidur. Tidur adalah
waktu di mana maklumat-maklumat tersebut akan disatukan untuk tujuan simpanan
jangka masa panjang. Maka, berilah ruang pada badan anda untuk mendapat tidur yang mencukupi di malam
peperiksaan. Tapi jika tidur terlalu awal dan tidak study, maka jangan mimpi
untuk maklumat disatukan kerana tiada apa yang mahu disatukan !! ;)
Apa yang dikongsikan ,
adalah strategi dan persediaan bagi memenuhi tuntutan sunnatullah. Untuk
syariatullah, saya kira secara automatis masing-masing akan rajin menghadap dan
meminta DIA pada musim-musim seperti ini. Moga dengan gabungan memenuhi
tuntutan sunnatullah dan syariatullah akan membuahkan hasil. Jika tidak diganjari
di dunia, insya-ALLAH di akhirat sana menanti.
Nota 1 : Ketika kecil kita
sering kali memikirkan bagaimana AKU MAHU BERJAYA & BAHAGIA. Setelah melangkah
dan melepasi satu peringkat usia, kita mula berfikir untuk BERKONGSI RASA
BAHAGIA & BERJAYA bersama orang sekeliling kita kerana itu menjadikan
kehidupan kita LEBIH BERMAKNA.
Nota 2 : Daripada kita kecik
kot tau semua-semua ni. But when it comes to practical and action…………. (sendiri
mahu jawab)…J
Sumber : Study smarter,
Not harder ( Kevin Paul )
Bangi Bandar Ilmu
23.55 p.m




0 comments:
Post a Comment