Thursday, 19 January 2012

Conteng-conteng Semester Satu 2011/2012



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah, syukur kerana diberi keizinan-NYA untuk menyempurnakan semester pertama peringkat sarjana.   Pengalaman ini merupakan antara pengalaman menarik dalam hidup. Siapa sangka, UKM yang ibarat 'playground' bagi kami adik beradik menjadi destinasi menyambung pelajaran. 'Curi' duit syiling Abi, kemudian sorok-sorok ke tingkat bawah membeli air tin, singgah tengah malam menemani Abi mengambil barang yang tertinggal di pejabat tanpa menoleh kiri dan kanan kerana takut terserempak dengan mak cik bermata 'torch light' dan bermacam kenangan lagi. Lebih manis, apabila bergelar pelajar sarjana semester ini bersama-sama dengan ibu tercinta. Sama-sama bersengkang mata menyiapkan assignment, tumpang menumpang kad matrik pinjam buku di library, saling berebut bayar duit makan di kaunter kafetaria..( ceewahh!!) dan berkongsi tempat study di pejabat lama abi di FSSK.

Apabila dikumpul-kumpul segala kenangan manis semester ini, ia sudah terlebih cukup untuk saya menghilangkan kesedihan tidak dapat menyambung pengajian peringkat sarjana di Jordan. Ia sudah pasti keputusan yang terbaik yang telah ditetapkan oleh-NYA, dan seperti sebelum-sebelum ini akur dengan hasil perbincangan enam mata bersama ibu bapa sentiasa membuatkan saya tak pernah menyesal dalam setiap keputusan besar yang diambil dalam kehidupan saya...Terima kasih Che...Terima kasih Abi...

Berkongsi secebis pengalaman yang dapat dikutip sepanjang pengajian semester pertama, saya cuba berkongsikan dalam beberapa poin mudah .

1. Fiqh Malaysia
Pilihan untuk menyambung peringkat sarjana dalam negara merupakan antara pilihan tepat untuk diri saya (Ini bukan ayat orang kecewa sebab tak dapat sambung kat Jordan..hehe). Ia membantu dan memandu saya untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam konteks masyarakat Malaysia. Sebagaimana terdapat banyak juga hukum fiqh yang terbina dan mengambil kira adat dan uruf masyarakat setempat, maka peringkat sarjana ini membuka mata saya agar fatwa dan ijtihad dikeluarkan tepat dan dekat dengan masyarakat, bukan sembrono.

2. Fiqh dan Undang-undang
Jika diperingkat sarjana muda, banyak perbandingan fiqh dilakukan dengan undang-undang Jordan atau negara jiran atau negara arab lain seperti Syria, Lubnan atau Mesir. Alhamdulillah, peringkat sarjana saya berkenalan dengan undang-undang keluarga Islam, undang-undang Jenayah Islam dalam konteks perundangan Malaysia...:)

3. Buang sikap malas dan sambil lewa
Dulu saya beranggapan mereka yang menyambung pelajaran peringkat sarjana, kebiasaannya orang yang mempunyai rekod baik dan berminat untuk belajar. Sayang apabila kita memilih untuk melanjutkan pengajian tapi masih membawa sikap sambil lewa dan malas. Assignment asal siap, presentation pun buat gitu-gitu je, kuliah datang lambat...Adoi..Jom sama-sama betulkan niat kenapa kita sambung belajar...

4. Sinergi
Seorang pensyarah memberikan pendapatnya, masalah pelajar dalam negara adalah kesukaran merujuk kitab thurath dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa arab, manakala masalah yang dialami oleh bekas pelajar luar negara adalah kesukaran mengadaptasi diri ke dalam sistem pembelajaran universiti di Malaysia seperti format assignment , presentation dan lain-lain. Maka disitulah sinergi diperlukan walaupun ada situasi yang berlaku masing-masing selesa berada dalam kelompok masing-masing. Eh, kita kan satu fakulti, sama-sama mengaji untuk memandaikan UMMAH, sama-sama akan bersatu atas jalan dakwah. Jom bersinergi !!

5. Terima kasih universiti PERMATA & MPPMJ
Dulu saya manusia bisu, terketar-ketar kalau orang bagi mikrofon. Cakap laju tapi entah ada isi ke tak. Perlahan-lahan menanam keyakinan diri, bermula dengan mencambahkan idea dalam mesyuarat, berdiskusi dalam Tour De Ilmi, memberi ucapan perasmian apabila presiden bercuti dan out station, cuba memenuhi jemputan menjadi ahli panel forum walaupun debaran di hati hanya ALLAH yang tahu. Ia adalah proses yang bukan sejam dua, sehari atau seminggu. Ia adalah proses dan proses itu berterusan sehinggalah ke saat ini. Peringkat sarjana, presentation adalah satu kewajiban. Alhamdulillah dengan didikan yang diterima daripada universiti HELWANIS, PERMATA & MPPMJ , segala-galanya dipermudahkan. Tak ruginya berpersatuan, percayalahhhh....

6. Nota !!!
Saya tak suka buat nota, tapi saya tahu kepentingan membuat nota. Jadi nota saya siap !! Semoga nota-nota yang dikongsikan dengan sahabat-sahabat dapat menjadi saham buat saya di akhirat.. Sebut pasal nota, banyak betul nostalgia nota di Mu'tah. Tension juga kalau orang duk telefon setiap masa,

 ''Bila nak siap nota.??''

''Lambat lagi ke..?? Esok exam ni..Tak study apa-apa lagi''

Kalau di UKM pula,

''Eh, nota dalam Bahasa Arab ke..?? Tolonglah translate dalam Bahasa Melayu..''

Grrr..dalam hati DIA je tahu...

Oppss..Maaf kalau ada yang terasa... ;)


7. Kawan-kawan Abi
Kebanyakan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Islam adalah kawan-kawan abi. Walaubagaimanapun saya akan menyembunyikan identiti selagi boleh. Kenapa..?? Saya tak suka dikenali kerana saya anak fulan si fulan, tapi biarlah disebabkan saya cemerlang dengan usaha saya sendiri. Cumanya ada peristiwa berkaitan birokrasi yang masih lekat di memori. Saya lambat mendaftar kerana urusan saya tersekat dibeberapa tempat. Berminggu-minggu berulang alik dan menanyakan perkara yang sama tetapi jawapannya sentiasa hampa. Sehinggalah satu hari, dibawa bersama sang hero, Abi.

''Oh, kamu anak si fulan rupanya. Kenapa tak bagitahu saya awal-awal''

Lantas urusan saya disiapkan dalam masa tak sampai dua hari !! Dalam hati hanya ALLAH yang tahu. Harapan saya hanya satu ketika itu, saya tidak akan melakukan perkara yang sama pada orang lain !!




Itulah sedikit sebanyak catatan dan contengan santai untuk semester satu. Semoga bermanfaat !!



p/s : Menunggu natijah keluar...Doakan kejayaan saya, ibu dan kawan-kawan yang lain...




4 comments:

  1. Replies
    1. syukran atas doanya...moga dipermudahkan urusanmu juga kakak...;)

      Delete
  2. Dalam tempoh 'Klinikal Syariah' saya di Malaysia, saya bertemu dengan situasi 'kritikal Dakwah dan Siasah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang waktu yang tepat untuk pulang ber'klinikal'..nnt dah jadi ulama' & 'doktor' hebat, jangan lupa pada thuailib macam kami-kami..semoga ALLAH memandu setiap langkah..

      Delete